Saturday, June 2, 2012

CINTA & BAITUL MUSLIM


                                                                    بسم الله الرحمن الرحيم


Bila berbicara tentang CINTA, serius saya angkat bendera putih. Saya bukan Ust Hasrizal yang terkenal sebagai “Ustaz Cinta”, juga bukan seperti sahabat saya Syamila yang hebat mencipta kisah-kisah indah di blognya haha.

Tapi saya tidak dapat lari dari perasaan  untuk mencintai & dicintai seperti anda.

Ya, cinta itu LUMRAH manusia. FITRAH kejadian Adam & Hawa.

Tapi berCINTA kena betul caranya, kena syarak jalannya. Biarlah CINTA itu halal untuk kita nikmati, supaya manis di Syurga yang menanti.


Erk…jiwang
*sumber: google*

Teringat kisah seorang rakan saya, meluah rasa sedih & kecewanya terhadap bekas kekasih yang meninggalkannya selepas hampir 6 tahun bercinta! Hendak marah, rasa simpati. Saya diam, hanya mendengar & mengiya tanda memahami isi hatinya. Akhirnya saya beri cadangan, selepas ini kalau jumpa dengan insan yang lebih baik, terus sahaja nikah, lebih menjaga hati & perasaan.

Saban waktu, kita melihat cinta manusia lebih diagungkan berbanding cinta kepada yang Maha Agung. Menyebut cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. 

Semua sedia maklum, mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepadaNya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

“Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah.” (Al- Baqarah: 165)

Maratib Amal



Pernah lihat hierarki ini?

Yup, inilah yang dinamakan MARATIB AMAL. As-syahid Imam Hassan Al-Banna usulkan dalam usaha memperjuangkan Ikhwanul Muslimin suatu ketika dahulu *betulkan jika salah*.

Saya bukanlah orang yang layak menghuraikan setiap peringkat ini secara terperinci, tapi mungkin secara ringkas yang saya tahu dan faham, ini merupakan perjalanan yang kita perlu lalui dalam usaha melaksanakan amal Islami.

Bermula dari peringkat Individu Muslim sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Ustaziyatul Islam, kita jiwa-jiwa yang mengaku cintakan Islam wajib tahu peranan & tugas masing-masing dalam meletakkan Islam tinggi pada tempatnya.

Sabda Rasullah s.a.w: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (Riwayat Bukhari)



Baitul Muslim

Setelah melalui proses mujahadah diri sendiri secara internal & external, secara tidak langsung kita akan melangkah ke peringkat seterusnya iaitu BAITUL MUSLIM

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)

Saya sendiri belum sampai ke peringkat ini *uhuk uhuk*, tapi mahu atau tidak, kita mesti ada USAHA untuk mendalami APA & BAGAIMANA membina Baitul Muslim.

Perlu tahu, Baitul Muslim yang hendak dibina mestilah memenuhi tuntutan Islam dengan pakej pembangunan rumahtangga Muslim yang lengkap dengan suami soleh & isteri solehah. Ini kerana, setiap anak yang akan lahir merupakan cetakan tarbiyah ayah & ibu mereka sendiri. Setuju?

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi” – Sabda Rasulullah S.A.W

Saya suka melihat sahabat-sahabat yang telah berkahwin menjadikan Baitul Muslim mereka sebagai medan perjuangan Islam. Sebab itu pentingnya mencari pasangan yang faham (baca: sefikrah) dengan kita. Untuk itu, AGAMA adalah syarat paling penting dalam pemilihan bakal pasangan.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.


Gambar hiasan hehe : 
Pasangan yang comel, adik usrah saya Sakinah Ropien  Ust Farid Hamlud - September 2011

Sebelum itu, yang paling penting kita sendiri WAJIB mempersiapkan diri menjadi mukmin sejati & bersungguh membina peribadi unggul kerana Baitul Muslim itu bermula dengan DIRI SENDIRI.
Saya tertarik dengan kata-kata seorang sahabat di laman FB, mungkin maksudnya lebih kurang begini:
“Kita mesti jadi yang terbaik untuk mendapat pasangan yang terbaik”

Benarlah firman Allah dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“…perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan & rezeki yang mulia (syurga).”

Bagaimana?
Islam itu MUDAH.
Biarlah apa jua yang kita lakukan berpandukan syariat yang telah Allah tetapkan.
Cukup mudah: buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
Begitu juga dengan proses Baitul Muslim yang hendak kita bina.
Teringat semula kisah rakan saya yang telah bercinta selama 6 tahun, tapi kini akhirnya kecundang di tengah jalan. Salah siapa sebenarnya?
Saya bukan anti-orang-bercinta, tapi Islam ada caranya.
# Saya syorkan, bagi rakan-rakan lelaki yang sudah jatuh hati dengan seseorang, beranikan diri berjumpa terus dengan ibu bapa perempuan tersebut. Jika kurang yakin & berani, suarakan hasrat kepada mana-mana orang tengah yang dipercayai untuk memaklumkan kepada tuan empunya badan.
# Saya juga menyokong 200% bagi pihak perempuan yang berkenan dengan mana-mana lelaki, boleh juga nyatakan hasrat kalian melalui orang yang kalian percayai. Zaman sekarang, tidak lagi wujud istilah “perigi mencari timba”. Saya sangat salute rakan-rakan perempuan yang berani memulakan langkah pertama!
# Apabila kedua-dua pihak mendapat jawapan terbaik dari Allah melalui istikharah & istisyarah, alhamdulillah keduanya sudah boleh berbincang bagi proses seterusnya, itu kalian lagi arif rasanya J
Mudah bukan?

Perkahwinan itu Ibadah
Agenda kehidupan kita adalah Islam. Oleh itu, kita mestilah memandang & menjadikan Baitul Muslim yang akan dibina adalah berteraskan agenda-agenda Islam & untuk mengharapkan redha Ilahi.
Dengar macam payah, tapi kalau kita ikut syariat-syariat yang Islam ajar, InsyaAllah semua jadi mudah.
Mulakan dari rumah. Si suami keluar mencari rezeki yang halal untuk isteri & anak-anak di rumah. Si isteri pula yang menjadi suri melaksanakan setiap kerja di rumah dengan rasa ikhlas & kasih sayang.
Biasakan anak-anak dengan program-program di luar, walaupun hanya secara santai tapi biar tangan dan kaki mereka biasa dengan agenda-agenda Islam.
Biar semua bernilai ibadah. Bak kata Hilal Asyraf, moga Allah redha J


Konvoi ke walimah Sahila Sapi'e (juga adik usrah saya)  Ust Ammar Ishak - Mei 2011
( Mereka kini telah selamat menjadi abi & umi kepada baby Naufal yang comel)


Konklusi

Kesimpulannya mudah. Cinta hakiki adalah cinta kepada Ilahi, tiada yang lebih & agung daripada itu.
Carilah cinta sejati yang boleh membawa kita merasai nikmatnya cinta Ilahi.

Bagi sahabat-sahabat yang tengah mencari, apa pun, semuanya bermula dengan diri sendiri. 
Jadi baik, dapat yang terbaik InsyaAllah.

Tidak perlu risau, jodoh setiap orang telah ditetapkan sejak azali lagi cuma masa yang menentukan cepat atau lambat untuk kita menemuinya.

Pesan sahabat saya, doa banyak-banyak & sentiasa amalkan solat istikharah. Biar apa jua keputusan yang kita buat, mendapat petunjuk dari Allah.

Biarlah cinta & Baitul Muslim yang hendak kita bina sampai ke syurgaNya InsyaAllah ^^,

Gambar penutup: Maisya    Faizal
Saja letak gambar pengantin baru ni, biar auranya berjangkit kepada yang belum kahwin hehe
*credit gambar: Harith Faisal





Nota 1#: Alang-alang menulis entri ini, saya ucap tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah & akan mendirikan Baitul Muslim. Barakallah buat kalian, moga sentiasa diredhai Allah, berbahagia selalu dan dikurniakan anak-anak permata hati yang soleh & solehah 
Doakan saya juga ya.. hehe   Aminnnn… ^_^

Nota 2#: Saya mengambil masa hampir 2 bulan menyiapkan entri ini. Untunglah kalian yang punya bakat menjadi penulisJ




Sunday, April 15, 2012

Number One For Me ♥


 بسم الله الرحمن الرحيم





Number One For Me 

By: Maher Zain



I was a foolish little child

Crazy things I used to do

And all the pain I put you through

Mama now I'm here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed



Chorus:

Oh, if I could turn back time rewind

If I could make it undone

I swear that I would

I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day



And now I finally understand

Your famous line

About the day I'd face in time

'Cause now I've got a child of mine

And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do 



CHORUS



You know you are the number one for me (x3)

Oh, oh, number one for me 

There's no one in this world that can take your place

Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh

I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me



CHORUS



You know you are the number one for me (x3)



Oh, oh, number one for me





SONG FOR MY BEAUTIFUL MAK :)








♥ You So Much Mak!






Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday: Subhanallah!

                                                                          
                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم


Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya.






                                            Lokasi: Pulau Bohek Dulang, Semporna, Sabah (2009)



                     

Monday, March 26, 2012

Resepi: Pancake

                                                                     بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini aku mahu kongsikan satu resepi mudah yang dicilok dari website ILUVISLAM :)   Sesuai untuk hidangan waktu sarapan atau minum petang & paling penting, sangat mudah  disediakan bagi tukang masak amatur macam aku ni hehee

Pancakes IluvIslam


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 atau 2 cawan susu segar (masukkan sedikit demi sedikit sampai habis)
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 sudu besar butter(dicairkan)
Bahan-Bahan untuk cicah (pilih mengikut kesesuaian dan citarasa):
  • Maple syrup (Contoh: jenama Pillsbury)
  • Madu 
  • Butter
  • Sosej goreng

  • Cara masakan untuk Pancakes :
    01.Masukkan tepung, butter, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas. Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna 'mixer', cuma guna senduk.
    02.Masukkan baking powder dan esen vanilla. Gaulkan lagi.
    03.Panaskan kuali jenis leper (Frying pan) dalam 2-3 minit tetapi TIDAK PERLU letak minyak langsung.
    04.Gunakan senduk atau sudu untuk tuangkan adunan kedalam frying pan. (Jangan tuang semua) dan buat bentuk bulat. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda. Setelah beberapa minit terbalikkan pancakes dan tunggu beberapa minit lg sebelum angkat (Hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian)
    05.Ulang cara 4 untuk membuat pancakes lain sampailah adunan habis. Pancakes sangat sedap sekiranya dicicah dengan maple syrup(seperti di Mcdonald) dan butter. Namun pancakes juga boleh dimakan bersama madu atau sosej goreng mengikut cita rasa anda.

Selamat mencuba! :D

Friday, March 23, 2012

Perjalanan Hidup

                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم

Ecece..mentang2 blog baru, sehari satu post la kan? haha. Ini ambil mood namanya :p

*****************
Dua hari lepas, keputusan SPM 2011 diumumkan. Tahniah ya adik-adik, dapat keputusan cemerlang mahupun kurang cemerlang. 
Alhamdulillah walau apa pun keputusannya, adik-adik kena BERSYUKUR sebab ini semua dari Allah kan? Segala usaha adik-adik mesti berbaloi dengan keputusan masing-masing.
Jangan cepat bangga dengan apa yang diperoleh, jangan pula rasa kecewa kalau keputusan kureng cemerlang. Ingat, ini hanya titik permulaan untuk perjalanan adik-adik yang masih jauuuuuuuhhh lagi di hadapan :)

Dulu-Dulu

Ini plak cerita aku dolu2 hehe. Aku minat jadi cikgu tapi sampai sekarang aku tidak berpeluang menjadi cikgu. KENAPA?
Lepas SPM, aku dapat temuduga masuk maktab, kos PQS tak silap. Tapi aku tak pegi, KENAPA? Sebab aku pegi Perhimpunan Belia Negara di KL masa tu haha.

Yup, aku punya SPM memang tidaklah segempak result anda sekalian *huhu*. Nak kata cukup makan, Alhamdulillah. Dapatlah jugak masuk matrikulasi (matrik). Itu pun sebab KPM bagi peluang matrik 2 tahun, kalau tidak aku mesti sudah sambung Form6 agaknya. Aku tidak pernah terfikir untuk sambung matrik, bidang sains plak tu. SAINS tuuuu, lemah jiwa raga beb! haha

Aku prefer bidang agama sebenarnya, tapi Allah campakkan aku ke sana. Mesti ada hikmahnya kan? Alhamdulillah.


Zaman matrik memang zaman study paling best! Sebab masa tulah kita sweet 18/19 gitew hehe. Even kena pulun habis masa tu, tapi aku rasa enjoy zaman matrik dulu. Lagi-lagi masa tulah aku kenal Al-Irfaan, mungkin ini hikmahnya kan? Allah, rindunya....:(




          Di sini memori tercipta, kenangan terindah.. 


Result matrik? Alhamdulillah. Aku tak pernah terifkir aku boleh pergi sejauh matrik, pada saat Sains memang selalu melemahkan aku haha
Habis matrik, aku mohon Medsi, kata nak jadi cikgu kan hehe. Alhamdulillah aku lulus ujian Medsi, dan dapat temuduga. Dalam hati, peluang cerah ni. Masa temuduga plak aku orang first, Allah...
Masa tu memang nervous gila, tapi kata nak jadi cikgu kan kenalah berani haha. Tapi dalam hati Allah jak tahu nevesnya *dupdapdupdap*
Ok, after a few weeks, result UPU keluar. 
Aku dapat Biokimia, bukan bidang pendidikan -_-
Tapi syukuuuurrr Alhamdulillah aku dapat UKM, Bumi Tarbiyyah.. tempat aku mengenal apa erti HIDUP. Sebab itu sampai sekarang aku rasa SYUKUR sangat-sangat. Allah nak aku jadi lebih baik rupanya. Alhamdulillah :)





                      My Kesayangans ♥ 
                     rinduuuuuuu :(


Itu cerita dulu..

Selepas aku grad, aku mohon lagi jadi cikgu, cikgu MRSM. Dan sekali lagi...kecewa.
Allah, aku memang bukan ditakdirkan jadi cikgu kan? :(
Tapi...


REDHA


Ya, aku redha. Even sampai sekarang aku masih belum berpeluang menjadi seorang pendidik, aku masih BERSYUKUR Allah sampaikan aku ke tahap yang aku boleh berbangga dengan diri sendiri. Bergelar graduan dalam bidang sains, yang mana pada masa dulu aku memang lemah dengannya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah. Al Baqarah:216)


Sampai sekarang, ayat ni memang menjadi penguat semangatku. Kita merancang, Allah pun merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang bukan? Dalam hidup ni, bukan semua apa yang kita mahu kita dapat. Adakalanya, bila kita membenci sesuatu, itu sebenarnya takdir Allah yang baik untuk kita.

Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Setuju? Ya, Allah Maha Mengetahui keperluan hambanya. Kita sebagai hambanya, perlu redha & bersyukur dengan setiap takdirNya. Jangan pernah melawan takdir! 
Bersangka-baiklah dengan takdir Allah terhadap kita, InsyaAllah saya percaya & yakin, semua yang berlaku pasti ada hikmahNya. Contoh terdekat, aku. Aku mungkin belum punya ilmu yang banyak untuk menjadi pendidik, sebab tu Allah bagi kesempatan untuk aku korek lagi ilmu dalam-dalam, suatu masa nanti mungkin aku jadi pendidik...doakan ya! *didik anak sendiri mungkin, ameennn :p*

PENGAJARAN

Kita memang tidak mampu melawan kehendak Allah, kalau Allah kata A, ikut saja A. Jangan tulis B, jangan pergi C. Jangan Jangan! Sebab tu, ada istilah REDHA & TAWAKAL.

Don’t put a question mark where Allah puts a full stop.

Berusahalah selagi boleh. Berjalanlah selagi mampu. Berlapanglah dengan ketentuan Allah. Hidup akan jadi lebih TENANG dan POSITIF kerana kita sudah serahkan segalanya denganNya. Ucap Alhamdulillah tanda syukur kita atas segala kurniaanNya. BERTABAHLAH & sentiasa BERSEMANGAT mengharungi liku-liku kehidupan. Apa yang penting, jangan putus BERDOA agar dikurniakan PERJALANAN HIDUP yang sentiasa diredhaiNya. InsyaALLAH .