بسم الله الرحمن الرحيم
Bila
berbicara tentang CINTA, serius saya angkat bendera putih. Saya bukan Ust
Hasrizal yang terkenal sebagai “Ustaz Cinta”, juga bukan seperti sahabat saya
Syamila yang hebat mencipta kisah-kisah indah di blognya haha.
Tapi
saya tidak dapat lari dari perasaan untuk
mencintai & dicintai seperti anda.
Ya, cinta itu LUMRAH manusia. FITRAH kejadian Adam &
Hawa.
Tapi
berCINTA kena betul caranya, kena syarak jalannya. Biarlah CINTA itu halal
untuk kita nikmati, supaya manis di Syurga yang menanti.
Erk…jiwang
*sumber: google*
Teringat
kisah seorang rakan saya, meluah rasa sedih & kecewanya terhadap bekas
kekasih yang meninggalkannya selepas hampir 6 tahun bercinta! Hendak marah, rasa
simpati. Saya diam, hanya mendengar & mengiya tanda memahami isi hatinya.
Akhirnya saya beri cadangan, selepas ini kalau jumpa dengan insan yang lebih
baik, terus sahaja nikah, lebih menjaga hati & perasaan.
Saban
waktu, kita melihat cinta manusia lebih diagungkan berbanding cinta kepada yang
Maha Agung. Menyebut cinta kepada Allah atau
menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada
manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan.
Semua sedia maklum, mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau
dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan.
Cinta kepadaNya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang
seni.
“Orang-orang yang beriman itu sangat kuat
kecintaannya kepada Allah.” (Al- Baqarah: 165)
Maratib Amal
Pernah
lihat hierarki ini?
Yup,
inilah yang dinamakan MARATIB AMAL. As-syahid Imam Hassan Al-Banna
usulkan dalam usaha memperjuangkan Ikhwanul Muslimin suatu ketika dahulu
*betulkan jika salah*.
Saya
bukanlah orang yang layak menghuraikan setiap peringkat ini secara terperinci,
tapi mungkin secara ringkas yang saya tahu dan faham, ini merupakan perjalanan yang
kita perlu lalui dalam usaha melaksanakan amal Islami.
Bermula
dari peringkat Individu Muslim sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Ustaziyatul
Islam, kita jiwa-jiwa yang mengaku cintakan Islam wajib tahu peranan &
tugas masing-masing dalam meletakkan Islam tinggi pada tempatnya.
Sabda
Rasullah s.a.w: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (Riwayat
Bukhari)
Baitul Muslim
Setelah
melalui proses mujahadah diri sendiri secara internal & external, secara
tidak langsung kita akan melangkah ke peringkat seterusnya iaitu BAITUL
MUSLIM.
"Dan di
antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari
jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan
dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)
Saya
sendiri belum sampai ke peringkat ini *uhuk uhuk*, tapi mahu atau tidak, kita
mesti ada USAHA untuk mendalami APA & BAGAIMANA membina Baitul Muslim.
Perlu
tahu, Baitul Muslim yang hendak dibina mestilah memenuhi tuntutan Islam dengan
pakej pembangunan rumahtangga Muslim yang lengkap dengan suami soleh &
isteri solehah. Ini kerana, setiap anak yang akan lahir merupakan cetakan tarbiyah
ayah & ibu mereka sendiri. Setuju?
“Tiap anak itu dilahirkan di atas
fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau
menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi” – Sabda Rasulullah S.A.W
Saya
suka melihat sahabat-sahabat yang telah berkahwin menjadikan Baitul Muslim
mereka sebagai medan perjuangan Islam. Sebab itu pentingnya mencari pasangan
yang faham (baca: sefikrah) dengan kita. Untuk itu, AGAMA adalah syarat paling
penting dalam pemilihan bakal pasangan.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Wanita itu dinikahi
kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan
pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu
mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.
Gambar hiasan hehe :
Sebelum itu,
yang paling penting kita sendiri WAJIB mempersiapkan diri menjadi mukmin sejati
& bersungguh membina peribadi unggul kerana Baitul Muslim itu bermula
dengan DIRI SENDIRI.
Saya
tertarik dengan kata-kata seorang sahabat di laman FB, mungkin maksudnya lebih
kurang begini:
“Kita mesti jadi yang
terbaik untuk mendapat pasangan yang terbaik”
Benarlah
firman Allah dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“…perempuan-perempuan
yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang
baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka
memperoleh keampunan & rezeki yang mulia (syurga).”
Bagaimana?
Islam itu MUDAH.
Biarlah apa
jua yang kita lakukan berpandukan syariat yang telah Allah tetapkan.
Cukup mudah:
buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
Begitu juga
dengan proses Baitul Muslim yang hendak kita bina.
Teringat semula kisah rakan saya yang telah bercinta selama 6 tahun, tapi kini akhirnya
kecundang di tengah jalan. Salah siapa sebenarnya?
Saya bukan
anti-orang-bercinta, tapi Islam ada caranya.
# Saya
syorkan, bagi rakan-rakan lelaki yang sudah jatuh hati dengan seseorang,
beranikan diri berjumpa terus dengan ibu bapa perempuan tersebut. Jika kurang yakin
& berani, suarakan hasrat kepada mana-mana orang tengah yang dipercayai
untuk memaklumkan kepada tuan empunya badan.
# Saya juga
menyokong 200% bagi pihak perempuan yang berkenan dengan mana-mana lelaki,
boleh juga nyatakan hasrat kalian melalui orang yang kalian percayai. Zaman
sekarang, tidak lagi wujud istilah “perigi mencari timba”. Saya sangat salute
rakan-rakan perempuan yang berani memulakan langkah pertama!
# Apabila
kedua-dua pihak mendapat jawapan terbaik dari Allah melalui istikharah &
istisyarah, alhamdulillah keduanya sudah boleh berbincang bagi proses
seterusnya, itu kalian lagi arif rasanya J
Mudah bukan?
Perkahwinan
itu Ibadah
Agenda
kehidupan kita adalah Islam. Oleh itu, kita mestilah memandang & menjadikan
Baitul Muslim yang akan dibina adalah berteraskan agenda-agenda Islam &
untuk mengharapkan redha Ilahi.
Dengar macam
payah, tapi kalau kita ikut syariat-syariat yang Islam ajar, InsyaAllah semua jadi mudah.
Mulakan dari
rumah. Si suami keluar mencari rezeki yang halal untuk isteri & anak-anak
di rumah. Si isteri pula yang menjadi suri melaksanakan setiap kerja di rumah
dengan rasa ikhlas & kasih sayang.
Biasakan
anak-anak dengan program-program di luar, walaupun hanya secara santai tapi
biar tangan dan kaki mereka biasa dengan agenda-agenda Islam.
Biar semua
bernilai ibadah. Bak kata
Hilal Asyraf, moga Allah redha J
Konvoi ke walimah Sahila Sapi'e (juga adik usrah saya) ♥ Ust Ammar Ishak - Mei 2011
( Mereka kini telah selamat menjadi abi & umi kepada baby Naufal yang comel)
Konklusi
Kesimpulannya
mudah. Cinta hakiki adalah cinta kepada Ilahi, tiada yang lebih & agung daripada
itu.
Carilah
cinta sejati yang boleh membawa kita merasai nikmatnya cinta Ilahi.
Bagi
sahabat-sahabat yang tengah mencari, apa pun, semuanya bermula dengan diri
sendiri.
Jadi baik, dapat yang terbaik InsyaAllah.
Tidak
perlu risau, jodoh setiap orang telah ditetapkan sejak azali lagi cuma masa
yang menentukan cepat atau lambat untuk kita menemuinya.
Pesan
sahabat saya, doa banyak-banyak & sentiasa amalkan solat
istikharah. Biar apa jua keputusan yang kita buat, mendapat petunjuk dari
Allah.
Biarlah
cinta & Baitul Muslim yang hendak kita bina sampai ke syurgaNya InsyaAllah
^^,
Saja letak gambar pengantin baru ni, biar auranya berjangkit kepada yang belum kahwin hehe
*credit gambar: Harith Faisal
Nota
1#: Alang-alang menulis entri ini, saya ucap tahniah kepada
sahabat-sahabat yang telah & akan mendirikan Baitul Muslim. Barakallah buat
kalian, moga sentiasa diredhai Allah, berbahagia selalu dan dikurniakan anak-anak permata
hati yang soleh & solehah ♥
Doakan saya juga ya.. hehe Aminnnn… ^_^
Nota 2#: Saya mengambil masa hampir 2 bulan menyiapkan entri ini. Untunglah kalian yang punya bakat menjadi penulisJ