Thursday, March 22, 2012

Menulis Dari Hati


بسم الله الرحمن الرحيم


Sudah lama aku mahu MENULIS, sudah lama aku mahu BERKONGSI,tapi setiap 'lama' itu jugaklah aku malas curahkan, aku malas fikirkan...

Tapi saat ini, alhamdulillah Allah beri aku kesempatan.

Siapa sangka bila aku daftar masuk Google account ni, aku rupanya pernah ada blog *tepuk dahi* haha

3 tahun lepas..masa tu ayat pun satu dua jak, yang banyaknya gambar kehkehkeh

Tapi itu dulu zaman pra-matang aku hehe 
Sekarang aku masih & mahu menulis, tapi menulis dari HATI (cewah!).


Manfaat


Sekarang ni, orang cakap dunia tanpa sempadan, dunia di hujung jari. Klik sekali, kita boleh pergi mana-mana yang kita mahu, boleh tahu apa yang kita tak tahu..budak 7 tahun pun ada FB beb! hehe

Sebab itu, aku rasa RUGIII kalau kita tidak manfaatkan media baru ni (FB, blog, twitter, etc).


Bukak YouTube, segala macam boleh tengok. Contoh, ceramah UAI dengan Zizan Raja Lawak awal tahun ni, kau tak boleh pegi sebab kau ada jauuuuhh di borneo ni, mcm aku *tsk tsk*

tapi tetap boleh tengok jugak walaupun bukan secara langsung..kan?
Kalau ada YouTube account pula, uploadlah video-video yang berunsur nasihat, pengajaran, lagu-lagu keTuhanan atau yang tidak melaghakan..(gila skema ayat aku haha)

Bukak FB, post atau sharelah perkara yang baik, kata-kata nasihat, letak gambar-gambar yang menutup aurat. Kalau pandai add kawan yang baik: mcm kawan-kawan FB aku :) kita pun InsyaAllah terdorong mahu buat benda-benda baik, sebab dorang hari-hari post  benda baik kan?


Bukak Blog, tulislah isi yang bermanfaat, share cerita-cerita nabi atau latih diri tulis puisi/sajak/cerpen. Pastu baca blog yang sharing benda-benda berfaedah, automatik kita pun ikut sama mahu amalkan, kan?



Sebab itu aku ulang, RUGIIII kalau kita tidak manfaatkan dunia zaman IT ni. At least setiap kata yang kita TULIS, setiap benda yang kita KONGSI, setiap apa yang kita SAMPAIKAN, semua boleh jadi MANFAAT untuk orang lain.


Pernah dengar hadis ni? - Sampaikanlah walau sepotong ayat..


Walau serendah mana pun kita, walau sediam mana pun kita, , walau semalu mana pun kita, at least kita boleh DAKWAH dengan orang walau dengan sepotong ayat. Mudah bukan? :)

Sebab itu, aku ada depan laptop sekarang hewhew :p
Aku juga bukan siapa-siapa; aku bukan ustazah, aku bukan orang hebat tapi mungkin sedikit ilmu & pengalaman yang Allah kurniakan kita share dengan orang lain, dapat pahala kan? 
Kita sama2 berkongsi ya! InsyaAllah :D

Akhir dari aku, aku petik kata-kata dari blog-all-time-feveret aku, Saifulislam.com :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU.







Jom Menulis! ^_^


* oh lupa, hai..selamat berkenalan, salam ukhuwah
. Peace yo! ^^ (bajet orang baca blog ni kan hehe)



2 comments:

  1. ada yang baca... saya! hehehe...
    sy bakal jadi pembaca yg setia.... =)

    ReplyDelete
  2. hehe terima kasih cik adik, nanti kak long spen gula2 ya :)

    ReplyDelete