Monday, March 26, 2012

Resepi: Pancake

                                                                     بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini aku mahu kongsikan satu resepi mudah yang dicilok dari website ILUVISLAM :)   Sesuai untuk hidangan waktu sarapan atau minum petang & paling penting, sangat mudah  disediakan bagi tukang masak amatur macam aku ni hehee

Pancakes IluvIslam


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 atau 2 cawan susu segar (masukkan sedikit demi sedikit sampai habis)
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 sudu besar butter(dicairkan)
Bahan-Bahan untuk cicah (pilih mengikut kesesuaian dan citarasa):
  • Maple syrup (Contoh: jenama Pillsbury)
  • Madu 
  • Butter
  • Sosej goreng

  • Cara masakan untuk Pancakes :
    01.Masukkan tepung, butter, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas. Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna 'mixer', cuma guna senduk.
    02.Masukkan baking powder dan esen vanilla. Gaulkan lagi.
    03.Panaskan kuali jenis leper (Frying pan) dalam 2-3 minit tetapi TIDAK PERLU letak minyak langsung.
    04.Gunakan senduk atau sudu untuk tuangkan adunan kedalam frying pan. (Jangan tuang semua) dan buat bentuk bulat. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda. Setelah beberapa minit terbalikkan pancakes dan tunggu beberapa minit lg sebelum angkat (Hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian)
    05.Ulang cara 4 untuk membuat pancakes lain sampailah adunan habis. Pancakes sangat sedap sekiranya dicicah dengan maple syrup(seperti di Mcdonald) dan butter. Namun pancakes juga boleh dimakan bersama madu atau sosej goreng mengikut cita rasa anda.

Selamat mencuba! :D

4 comments:

  1. Assalamualaikum.

    waa sedappnya . sy nak cuba buat la. hik3

    syukran perkongsiannya

    *harap2 jadi bentuk pancake* kah3 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bentuk tak kisah, RASA tu yang penting hehe :)

      Delete
  2. hee... sedang belajar masak ya... good3. persedian utk buat sarapan nanti. hehe.

    sudah register follow. hehehe..

    & of course, I miss kak long too~ (^____^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi mudah jak amani, budak2 pun boleh buat hehe

      misshh youuu a lot :):)

      Delete